
Jenis Pumpun
Pumpun adalah sejenis cacing air masin dan terdapat 3 jenis
Pumpun dikawasan paya bakau iaitu
·
Ruat Bakau (Ruat Lumpur @ Ruat Nipah)
·
Pumpun Sarung atau Umpun-umpun Sarang.
Merupakan umpan paling digemari oleh pelbagai jenis ikan air
masin,iaitu sekecil-kecil ikan (kekek, jebong, gelama,bolos dll) sehingga
sebesar-besar ikan(Duri,Belukang,Sembilang,Ungga,Kerapu,Tuka,Pari dll) terutama
ikan yang menggemari bermain dasar sungai atau dasar pesisiran pantai termasuk
spesies ketam dan Belin,(sirat atau
belut laut.)
Kebanyakan pemancing sanggup membeli sahaja Pumpun ini
daripada nelayan,orang asli atau penduduk tempatan dikawasan berhampiran perkampungan
hutan paya bakau bagi mendapatkan stok pada hobi yang semakin diminati oleh
semua orang.
Dalam mencapai hajat dan minat mendalam ada juga pemancing
yang sanggup mencari sendiri umpan Pumpun walaupun ianya boleh diketogerikan
sebagai kerja yang kotor iaitu bermain dengan selut atau lumpur.Kerja mencari
Pumpun juga bukanlah kerja mudah malah ianya memerlukan kemahiran bagi
mendapatkannya.
RUAT PASIR atau PUMPUN MERAH:

PUMPUN SARUNG atau UMPUN-UMPUN SARANG;

RUAT BAKAU (RUAT LUMPUR @NIPAH atau PUMPUN
MERAH)

cara mendapatkan
Pumpun
cara mendapatkannya juga tidak berapa sukar, dengan membawa alatan skop dan pergi kepantai sewaktu air surut pemancing boleh mengesan sarang Pumpun Sarung dipermukaan pasir atau berlumpur dimana pintu Pumpun Sarung sering bertanda tompokan hitam dan bersabut serta ditutupi daun reput atau sarangnya terbonjol diatas permukaan.
Bagi memanjangkan hayatnya,Pumpun Sarung hendaklah dibungkus dengan suratkhabar yang telah dibasahkan. Ada juga caranya untuk memperoleh Pumpun sarung tanpa menggali,iaitu dengan cara mengumpan Pumpun itu keluar dari sarangnya. Dengan menggunakan isi ikan atau parutan ubi kayu, nasi atau juga nenas cincang kemudian disumbat didalam stoking,basahkan biarkan ia berjus kemudian perah dipintu sarang Pumpun tersebut. Apabila ia terpesona dgn bau tersebut ia akan keluar,sebaik keluar saja kepala Pumpun tersebut,cubit kepalanya dan tarik keluar ianya perlahan-lahan kerana ia mudah putus.Cara ini memerlukan masa dan penilitian.
Kerja ini sememangnya
kotor dan menggelikan dimana terpaksa berkubang tetapi bagi pemancing kepuasan
mendapatkannya dan menggunakanya dengan sepuas-puasnya serta realiti keberkesanan bagi memperoleh ikan yang
dicari.
Bagi mengekalkan hayatnya letak di bekas yang
luas,beralaskan surat khabar yang dibasahkan kemudian ditaburkan dengan abuk2
kayu lalu letaklah di coleman yang dingin (jangan terendam air) juga usah
dijemur pada pancaran matahari berterusan.
Semoga Berjaya.....
No comments:
Post a Comment